Monday, February 14, 2011

Pagi semalam..

assalamualaikum kpd followers cik wawa yg awesome!

teruskan dengan menaiprancakataskeyboard..

malam sebelum menjelang pagi dapat panggilan daripada maklong zaharah  yang mengatakan nenek tenat. bergegas sepantas boleh membawa barang-barang yang perlu diangkut. dengan perasaan bercampur sebak dan berbaur kesedihan. cik wawa lekas capai tudung serta berpin-pin segala, capai spect old school, capai bag jenama entah apa, capai buku-buku yang patut dibawa, capai jam sebagai accessory tangan, zupp! terus berlari mencari-cari selipar beli di pasar malam tempoh hari.

flashback..

ketika aku yang  bernama Najwa dalam usia kanak-kanak yang belum pandai mengurus diri. masih dalam kategori yang dipanggil sebagai 'budak comot'. bersama adik yang menjadi rakan gaduh dan suka-suka bergelak ketawa. ketika tu rumahku berdekatan dengan rumah nenek dalam yang berselangan dengan dua buah rumah.. ketika itu..

"kak, kita nak pegi mane ni??" tanya adik kepadaku..

(sambil memimpin tangan adik) "kita nak pegi rumah nenek laa, jieha nak ikut tak??" jawapku.

"oohh, ingatkan nak pegi tangkap anak ayam baru menetas.." jawab adik.

sambil memimpin tangan Najihah terkedek-kedek melalui jalan berumput. lalu depan rumah cik Edah isteri kepada pakcik Zakir yang mempunyai 5 anak ayam yang baru menetas. diletakkan rebannya di depan rumah. Tanpa mengurung cucu-cucu ayam. gelagat cucu-cucu ayam cik Zakir memang lucu ingin mendapatkan emaknya..

" cip..cip..cip..."

"kak! ayammm!!"  jerit Najihah.


"kiokkkkk.. cippppppp..cippp..cip" bunyi ayam semakin sayu.

dengan lekanya memimpin Najihah tanpa melihat anak ayam cik Zakir yang baru menetas tiba-tiba terdengar bunyi dari kuat menjadi perlahan. bagai kereta formula 1 lalu tanpa disedari jauh berlalu. dengan perasaan teruja nak jumpa nenek dengan memimpin Najihah, perasaan bertukar menjadi takut. kerana adikku Najihah sudah terpijak dan memijak anak ayam cik Zakir. perasaan geram Najihah membuatkanku tak keruan bila dia memijaknya.. si pemilik anak ayam:-

nama:
Zakir bin Othman

tempat tinggal:
sebelah rumah nenek Hanisah

hasil bilangan anak ayam baru menetas:
5 ekor tolak 1 ekor mati kerana dipijak oleh seorang budak comel

bukti:
laporan daripada Najwa mengatakan Najihah telah memijak anak ayam tersebut. titik!

*d lastly, Najihah diketawakan.. sejarah seumur hidup bersama.

-------------------------------------------------------------------------------------

sampai sahaja di rumah nenek. terus lepaskan tangan Najihah dari pimpinanku. rindu melihat wajah nenek yang penuh dengan kasih sayang. petang-petang selalu kami ke rumah nenek Hanisah. makan biskut dengan teh, minum milo dengan roti, tengok rosalinda ayamour, tengok power rangers, tengok power puff depan kaca tv nenek. teman nenek cabut rumput depan rumah. tolong nenek tangkap ayam masuk reban walaupun ketika itu aku masih mentah. 

kadang-kadang dari petang sampai ke malam bersama nenek. tidur situ pon ada. tiap malam sebelum tidur nenek suka bercerita kisah dongeng turun temurun. ,my favourite is "the fairy tale of Awang Kenit". sambil dodoi sampai tertidur ats lengan nenek. mata terkebil-kebil tunggu nenek tidur sama..

stop to hallucinating~
-------------------------------------------------------------------------------------------------

tapp!! zup!! zup! dalam bergegas terus masuk kereta. Mak termenung di luar jendela kereta. ayah memandu seberapa pantas yang boleh, nenek tenat.

sampai kampung.. kelihatan pak Anjang di depan sliding door mengajak masuk. masuk rumah kelihatan lapang rumah nenek berbentangkan permaidani dan tikar buloh. barangkali maklong Zaharah yang mengubah kedudukan tu. lepas solat isyak bacaan yasin. terus terbayang sewaktu kecil bersama nenek Hanisah.. jam menunjukkan pukul 12 setengah malam. cari bantal, cari selimut, cari tilam terus tidur..

10 februari 2011

d next day, azan subuh berkumandang.. terdengar adik beradik mak membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk nenek. seberapa boleh khatam.. pukul 11.30 pagi nenek Hanisah kembali kerahmatullah dalam usia 70 tahun. Alhamdulillah tenang.. redha atas pemergiannya..

tak ada sentuhan yang boleh kita rasa. tak akan mampu lagi melepas pelukan sekadar meredakan duka. kita telah terpisah kini. dalam batas-batas yang boleh kita memahami saat ini. tapi tidak dengan dia.  kadang perpisahan tak selalu berakhir dalam duka yang panjang. Namun sebagai jalan atas Cinta langit akan setiap jiwa yang dicintainya. Agar sentiasa terjaga dalam kehinaan diri dan kekeliruan hidup..


Al-Fatihah.. (Allahyarhamah Hjh Hanisah bt Sa'ad)


 NAJWA DARNISHA
LUKISAN JIWA
KINI LEBIH MATANG

No comments:

Post a Comment