Tuesday, February 15, 2011

coke dan sundae

Assalamualaikum followers cik wawa.. ni nak promote novel kut kut kat sini ramai pecinta novel, kaki novel n anything else.. mood : promote novel.

banyak novel dah keluar kat pasaran tau. Antara yang cik wawa nak kongsi ni haaa 'Coke dan Sundae'. anak cik yayah datang rumah semalam, dia bawak novel tuhh.. cover purple lagii.. erhh obses.. tadi jugak cik wawa search google. novel dari kaki novel cam best je. cik wawa baca pun taklah selalu. bukak tutup bukak tutup bukak tutup. free time je baca novel.

nihh

                                                   tengok cover depan pon dah menarik..


boleh ke coke dengan Sundae bercampur? Apa rasanya ea? Boleh telan ke? Itulah yang terjadi apabila Azyan bertemu dengan Syakir.

Mereka berdua tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bersua, pasti mereka akan berperang mulut. Cuma tak angkat senapang aje.

Azyan mendambakan seorang kekasih yang lebih gagah daripada pujaan hatinya, The Rock. Sementara dia merupakan juara tae kwan do peringkat sekolah dan daerah. Tambahan pula, dengan didikan ala-ala tentera daripada ayahnya, Mejar Idris, Azyan merupakan seorang gadis yang tough dan maskulin. Tentulah dia mahukan seorang pria yang gagah perkasa, laksana pahlawan zaman dahulukala.

Azyan dalam diam-diam menaruh hati terhadap Haziq, sepupu musuhnya, Syakir. Dia pernah melayangkan surat cinta buat Hazziq tetapi tersalah 'landing' kepada Syakir pula. Dan itulah modal utama yang Syakir gunakan untuk memaksa Azyan menyertai kelab teaternya.

Syakir telah lama jatuh hati pada Azyan. Malangnya dia bukanlah mat jiwang karat. Dia sendiri geli untuk mengucapkan perkataan 'I Love U'  mahupun 'sayang' kepada Azyan. Satu sahaja caranya menarik perhatian Azyan: melalui kata-katanya yang pedas lagi berbisa.

Yang Azyan pula, slow nauzubillah! Dah banyak kali Syakir bagi hint, dia langsung tak perasan. Sedangkan semua orang tahu yang Syakir ada hati pada Azyan.

Bila agaknya Azyan yang gemarkan air Coke boleh ngam dengan Syakir yang sukakan aiskrim Sundae??


"setakat rencah kari cap Alagapas tak ke mananya. Kalau nak rencah lagi sedap aku boleh tanyakan Muthu Samy dekat mamak corner tu. Bukan cetak rompak tau yang original. Kari dia paling kaw-kaw." Azyan membalas. Nani sudah menggelengkan kepala entah yang ke berapa kali melihat Azyan dan Syakir bertegang urat.

'Hahahaahaha.." Syakir ketawa besar. "Cakap saja yang kau jealous dengan kehenseman aku yang meruntun jiwa awek-awek kampus ni."

" Dengar pantun dua kerat dari Nur Azyan Idris ini. Kak senah pergi menarah.
Porahhhhhhhhhhhhhhhhhhh!"

p/s: sapa nak tau cerita selanjutnya jum kita serbu kedai buku..
harga RM18. cik wawa promote nihh.. hehe. kaki novel la nnti ea..


NAJWA DARNISHA
LUKISAN JIWA
KINI LEBIH MATANG

2 comments: